PhotoHunt3r Team

Tentang Mr. Rudy

Nama sebenar beliau Kaharuddin dan nama samaran yang digunakan seperti Rudy a.k.a Dien a.k.a Roman Picisan. Seseorang yang meminati bidang photographer, grafik, dan marketing sejak dibangku sekolah lagi.

Pada ketika itu hanya menggunakan Camera Film  "Cap Ayam" sekadar pinjam dengan kakak atau kengkawan. Belajar dari bawah, walaupun banyak kesilapan dan kekurangan namun itu bukan penghalang utk menghasilkan gambar/photo yang berkualiti. Sejak daripada itu, maka minat mendalam dalam bidang phootgrapher mula membuak-buak dan akhirnya mampu memiliki set kamera DSLR jenama NIKON.

Alhamdulillah, hasil usaha keras selama ini membuahkan hasil. Sedikit demi sedikit peningkatan dalam bidang ini begitu menyeronokkan, pulangan lumayan dan membanggakan. Beliau pada awalnya memulakan secara "Lone Ranger". Namun apabila bekas Office Mate ketika di Subang dulu juga menunjukkan minat yang sama iaitu Mr. Joga Bonito dan Mr. Aie Yan maka inisiatif untuk menubuhkan PhotoHunt3r Team ini pun terlaksana. http://photohunt3r.blogspot.com adalah realisasi daripada inisiatit yang dirancang itu.

Memang diakui bila terjebak dalam bidang ini, memang agak janggal kerana bidang ini memerlukan kekuatan diri dalam berdepan dengan segala hal kerenah manusia dalam memenuhi kehendak pelanggan kita. Perasaan malu pada mulanya memang menebal, tp keinginan utk maju mengatasi dan perkara itu sudah jadi biasa. Terutama ketika berdepan di khalayak ramai di kalangan golongan yang pelbagai seperti Sultan, pemimpin-pemimpin, model-model serta pelbagai golongan pelanggan.

Dalam mengetengahkan hasil karya dalam perkongsian maklumat, skil/teknik maka diharap weblog ini dapat dimanfaatkan oleh semua tidak kira peringkat usia.

Selamat maju jaya dalam bidang ini.

"Kita Bukan Merancang Untuk GAGAL, Tapi GAGAL Untuk MERANCANG". 

Salam Mesra daripada saya
Mr. Rudy a.k.a Roman Picisan

Tentang Mr. Joga Bonito

Beliau adalah salah seorang ahli kumpulan PhotoHunt3r. Memulakan karier dalam bidang ini ketika mula mengenali Mr. Rudy.Sekarang beliau membuat kerja Photographer ini sebagai Fulltime ditambah dengan bidang Pembinaan/Kontraktor serta penternakan. Beliau meminati bidang ini kerana aktiviti bidang ini yang bebas dalam mengetengahkan kreativiti dan hasil karya.

Bagi beliau gambar adalah salah satu medium untuk menyampaikan mesej kerana daripada sekeping gambar/photo menceritakan 1001 cerita atau mesej. Betapa tingginya nilai sekeping gambar dalam penyampaian mesej samada kearah kebaikan atau sebaliknya bergantung kepada pemberi mesej dan tafsiran daripada pembaca mesej itu sendiri.

Beliau begitu bermotivasi tinggi dalam melakukan sesuatu kerja dan mahukan kesempurnaan dalam penghasilan karya-karyanya. Maka tidak hairanlah beliau sanggup melabur dalam memastikan peralatan yang diperlukan adalah memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan kami.

"1 keping gambar mampu menceritakan 1001 cerita"

Salam Sayang untuk semua,
Mr. Joga Bonito


Tentang Mr. Aie Yan

Beliau adalah seorang yang pendiam dan berdisiplin dalam bidang ini. Namun amat komited dalam mengetengahkan pembaharuan dan idea dalam bidang ini. Mempunyai kepakaran dalam bidang IT, berkhidmat sebagai Executive IT di salah sebuah syarikat swasta di Subang.

Boleh dikata beliau adalah seorang yang "Computer Fobia". 24 jam mengadap komputer tiada masalah dan perkara biasa. Banyak menghabiskan masa dalam menelaah dan mencari maklumat berkaitan IT dan phootgrapher.

"Ilmu yang baik perlu disebarkan"

Ikhlas daripada
Mr. Aie Yan