PhotoHunt3r : Majlis Pertunangan Yan & Nik

Majlis ini berlangsung dengan sempurna di Kg. Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor pada 01 Ogos 2010 yang lalu. Pertunangan diantara Cik Siti Norazyan Binti Salim dengan Nik Amirol Farhan Bin Nik Hassan Fauzi.

Bermula seawal 7 pagi aku terus bertolak daripada rumah dan sampai ke Sg. Buloh jam 8 pagi. Tunggu Mr. Joga di pam Shell berdepan dengan sekolah atau penjara Sg. Buloh kot sebab tgk kawat pagar berlapis dan lain macam je. 15 minit tunggu Mr. Joga, sampai juga akhirnya mamat ranggi dengan seluar Black Eyed Brown nyer..boleh jatuh hati pada seluar yang dibeli di Indon katanya.

8.30 pagi terus gerak kat rumah Si Yan..paling awal event ni sbb alasan make up nyer awal.. belasah jela...lepak minum pagi. shoot bermula selepas gadget di sediakan utk tujuan beraksi tembak menembak antara aku ngan Mr. Joga Bonito. hauahuahu... joga tembak dari luar tingkap/rumah..aku tembak dari dalam rumah..hauahuha... tp mmg best bila tembak menembak ni. Ckap sikit tembak.. bagi instruction kemudian tembak.. haauhauhau... "tembak" disini adalah capture/shoot picture la... bukan paintball.

So, kat bawah ni adalah hasilnya. Harap perkongsian kali ini memberi inspirasi utk bertunang kepada anda. Nasib baik aku dah bertunang. hauahua... ;-)









Photo : Mr. Roman Picisan & Mr. Joga Bonito
Editor : Mr. Roman Picisan
Email : photohunt3r@gmail.com

PhotoHunt3r : Majlis Perkahwinan Sahidan & Dr. Intan

Majlis ini pada 04 Julai 2010 (ahad). Istimewanya tarikh ini ialah tarikh kelahiran anak sulung aku iaitu Muhammad Rayyan Putra di dunia ini.

Sedikit perkongsian cerita disebalik Majlis Perkahwinan Sahidan & Dr. Intan ini dengan kelahiran anakku ialah bermula pada petang 3 Julai 2010 ketika mengajar bagi Program Pembangunan Kemahiran ICT bagi Festival Sains, Teknologi & Inovasi Selangor (FesSTIS'10).

Isteriku SMS bahawa tanda telah pun keluar. Aku masih buat selamba je..walaupun risau tp tetap rileks. Bermain dalam kepala ni ialah.. "adakah kelahiran akan berlaku dalam masa terdekat";"Adakah aku terpaksa batalkan job yang aku kena hadir di Sg. Air Tawar, Sabak Bernam ?". Masalahnya aku dah janji dengan si Sahidan utk majlis beliau.. manakala janji temu dengan anak aku ni xde dibuat tp ianya juga penting sebab ia zuriat aku.. Dalam dilema aku jadi pada petang hari Sabtu. Kacau bilau dibuatnya.

Aduishhh...macam mana nak buat kalo korang berada di situasi aku? Aku tetap ambil berat terhadap situasi meruncing ini..hubungi isteri utk ketahui keadaannya. Katanya ia masih ok cuma nak aku balik juga petang tu.. Tengah mengajar ni.. tp di sebabkan dah amanah aku tetapkan sesi yang lebih kurang 1/2 jam lagi utk tamat. Selesai sesi mengajar terus balik...dia ok je. Lega rasanya.

Berbelah bagi sebab aku kena gerak ke Sabak Bernam pada petang tu juga utk sampai kesana malam. Susah nak cite panjang sangat.. aku ringkaskan cerita aku tetap pergi dan tinggalkan isteri di rumah kakaknya di Puchong dengan harapan apa2 jadi ada orang yang boleh hantar ke Hospital kerana aku perlu ke Sabak Bernam. Jam 11 malam masuk Hospital Serdang, jam 2.30am aku kena balik ke Serdang. Jam 4.30am sampai Hospital Serdang. Jam 5.58 pagi sambut kelahiran dengan aku berada disisi. Sempat azankan anak aku.. Muhammad Rayyan Putra. Jam 9 am terus gerak ke Sabak Bernam dengan seharian aku tidak tido. Keletihan. Tp memang layan sampai tertido di Tol Setia Alam dengan Bro Yan. Kenangan Terindah pada 04 Julai 2010.










Gambar Oleh Team PhotoHunt3r
Email : photohunt3r@gmail.com