PhotoHunter : Twin Couple Of The Year 2009

Koleksi kali ini adalah perkahwinan lain sikit kerana mereka ni kembar abang dan adik. Satu cerita di sebalik photoshoot ni ialah kerana dalam keadaan terkejar-kejar utk sampai ke lokasi majlis perkahwinan ini. As "Lone Ranger Photograhper" memang meletihkan tp amat menyeronokkan sekali. Best layan sorang-sorang.

Bayangkan aku daripada Kuala Kubu Baru ada majlis pada hari Jumaat - Sabtu. Pagi Ahad plak nak kena hantar balik 2 orang member ke Bandar Baru Bangi. Sampai B.B.Bangi dalam kul 11 pagi. Lokasi Majlis Perkahwinan Saudara Apy ni adalah di Kuala Selangor dan sepatutnya bermula jam 10 pagi utk sesi andaman/bersolek.

Aku pun apa lagi 'pederas' la min kelajuan aku pandu 140-150kmh di sepanjang perjalanan. Memang membahayakan nyawa aku dan juga org lain. Aku gunakan prinsip terbalik 'Bior Laju Asal Selamat'. hauahau..jahatnya aku masa tu. Tp ni jgn buat kerana memang merbahaya. Hanya waktu terdesak sahaja ia dilakukan.

Alhamdulillah dalam masa xsampai 1 jam aku sampai ke lokasi. Nasib baik la pengantin lelaki (Apy) ni kawan aku. kalo tak mau 'Cancelled Job'. Dia faham situasi aku dan telah di terangkan sebelum majlis.

Aku xleh nak buat apa kerana offer aku utk buat outing bersama mereka ni gagal kerana alasan yang diberikan ialah 'Terlalu Penat' tp pengantin perempuan memang excited nak buat outing tp xberjaya nak pujuk juga hubby masing-masing.

Malah aku gunakan apa yang ada utk dijadikan bahan utk album mereka kerana tiada sesi bersanding atau indoor or outdoor sekadar hanyalah pengantin berarak kemudian makan beradab dan potong kek. Aku kena akur kerna ini permintaan keluarga mereka so kena lakukan juga la apa yg terdaya...

Gambar dibawah ni sekadar perkongsian sahaja... selamat menonton dan ku abadikan Memori ini selamanya utk kalian berempat. Layannn... ;-)











Gambar Oleh Roman Picisan a.k.a. Rudy Hartono
Email : photohunt3r@gmail.com

PhotoHunt3r : Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik

Sedikit perkongsian tentang E-Book Sifoo.com : Apa yang ada dengan E-Book ini??



STOK MASIH ADA! SENTIASA ADA!

Sekiranya anda tercari-cari teknik istimewa suntingan foto (photo-editing), buku Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik ini adalah jawapannya. Paling istimewa ialah buku ini ditulis di dalam Bahasa Melayu dengan mengekalkan bahasa asal untuk terma-terma teknikal yang lazim.

KOMPILASI TEKNIK SUNTINGAN FOTO TERBAIK
Oleh: Imran Abdul Jabar



  • Terdapat sekurang-kurangnya 20 teknik utama di dalam kompilasi ini.
  • Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami di dalam format langkah demi langkah dengan iringan visual screen capture.
  • RM90 untuk buku yang mempunyai 120 mukasurat adalah sangat berbaloi. Buku teknik grafik di pasaran kebanyakannya berharga RM150 dan ke atas.
  • Ebook ini akan dipos kepada anda dalam bentuk CD. Anda boleh ‘pegang’ produk yang anda beli, bukan hanya sekadar download semata-mata.
  • Selain daripada buku, anda juga akan diberi Photoshop Actions untuk teknik yang terdapat di dalam kompilasi.
Apa Yang Ada Di Dalam Buku Ini?
  • Lebih 20 teknik suntingan foto yang menarik di dalam kompilasi 150 mukasurat ini.
  • Bonus: Photoshop Actions untuk hampir kesemua teknik. Klik ‘play’ dan terus ‘jadi’!
  • Bonus: Setiap teknik disertakan dengan fail Photoshop (*.psd) sebagai rujukan.
  • Bonus: 200 imej stok yang boleh anda gunakan.

Maklumat Lanjut sila layari http://imranabduljabar.com/

PhotoHunt3r : Majlis Perkahwinan Misliza & Azruddin

Majlis Perkahwinan Misliza & Azruddin di langsungkan pada 06 Disember 2009 di Parit 7 Ban 3 1/2, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Kawasan ni adalah kawasan pertanian iaitu sawah padi. Cuaca memang terik di waktu majlis persandingan tu.

Walaupon Lone Ranger Photographer..tanggungjawab dan amanah pengantin perempuan yang menjemput aku selaku photographer tetap aku laksanakan dengan baik.

Ada 2 sesi iaitu sesi malam bagi tepung tawar dan berinai. Manakala sesi siang pula adalah Majlis Persandingan. Aku abadikan gambar korang berdua dalam blog ini utk selama-lamanya..Insyaallah.












Sebelah siang Majlis Persandingan Misliza & Azruddin













Gambar Oleh Roman Picisan a.k.a Rudy Hartono
Email : photohunt3r@gmail.com

PhotoHunt3r : Majlis Perkahwinan Sarimah & Sholeheen

Majlis Perkahwinan Sarimah & Sholeheen ini di langsungkan pada 28 Mac 2010 selepas Majlis Pernikahan mereke di post yang sebelum ini. Walaupun sorang2 sahaja shoot gambar perkahwinan ini tidak sedikit pon menghalang aku untuk mendapatkan scene yang menarik. Untuk pengetahuan semua bahawa sesi malam juga diadakan majlis persandingan, mungkin ini budaya atau adat di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Dibawah ini adalah hasil penat lelah aku sebagai photographer pada hari itu.




















Gambar Oleh Mr. Roman Picisan a.k.a Rudy Hartono
Email : photohunt3r@gmail.com

PhotoHunt3r : Majlis Pernikahan Sarimah & Sholeheen

Majlis Pernikahan Sarimah & Sholeheen ini di langsungkan di Masjid Tangga Batu, Melaka pada 27 Mac 2010 Jam 4.30 Petang.

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi - Tangga Batu, Melaka mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih dimana aku telah sampai awal pada jam 2.30 petang semasa sesi andaman di lakukan. So, saksikanlah rakaman gambar ini yang bakal menjadi lipatan sejarah buat mereka untuk selamanya ;-)















Nantikan pula Majlis Perkahwinan untuk post seterusnya ;-)

Gambar Oleh Roman Picisan a.k.a. Rudy Hartono
Email : photohunt3r@gmail.com

PhotoHunt3r : Sg. Haji Dorani Marine Park Scenery

Gambar ini adalah pada waktu petang selepas selesai Sesi Photography untuk Majlis Pengantin Syahidan & Dr. Intan di Sg. Apong, Sugai Air Tawar, Sabak Bernam. Saja nak ambil gambar waktu petang di jeti Sg. Haji Dorani Marine Park ni. Masa ni nelayan-nelayan baru pulang daripada laut menangkap ikan. Sempatla beli 5 kilo ikan kembung segar daripada nelayan yang sedang memunggah ikan.


Nelayan sibuk memunggah ikan ke Jeti untuk dijual kepada pemborong yang sedang menunggu.


Sinar cahaya matahari petang memancarkan kilauan keemasan di permukaan air menakjubkan ciptaan Allah swt.



Pesisir pantai yang indah di hiasi oleh butiran batu/pasir yang membentuk alunan air ombak surut di gigi air.

Gambar ini di ambil oleh Mr. Roman Picisan a.k.a Rudy Hartono
Email : photohunt3r@gmail.com

PhotoHunt3r : Ronda KL cari Gadget DSLR Terjumpa Orang Kaku

Gambar kali ni adalah koleksi Mr. Joga Bonito a.k.a Salleh. Scene ni diambil semasa menjelajah Lowyat untuk membeli Gadget DSLR untuk SB600 & lense Sigma 12-24mm. Satu Lowyat kami jelajah..letih gak turun naik..nak mencari harga yang terbaik..lastly beli kat plaza apa nama aku pon dah lupa..tp berdekatan ngan Bukit Bintang.

Kalo di ikutkan kena bayar duit kepada orang kaku ni..tp nama pon PhotoHunt3r... kami cilok2 je menyelit di sebalik orang kaku ni.. mmg layan.. banyak woo diorang dapat utk satu malam.. RM 2 setiap gambar.. so kami xbayar apa2 tetap gak dapat bergambar.. untung pakai DSLR ni.. Grafik ni si Joga Punya..So have own trademark "Joga Bonito".





Mr. Roman Picisan Bergambar Di Belakang Orang Kaku..zass layan ;-)


Mr. Joga Bonito Di Sebalik Orang Kaku.. Bersahaja dan Selamba ;-)



Gambar oleh Mr. Joga Bonito pada 02 Jul 2010 Jam 10.30 mlm di KotaRaya, KL
Email : photohunt3r@gmail.com atau flexite2007@gmail.com

PhotoHunt3r : Majlis Pernikahan Misliza & Azruddin

Di Majlis Pernikahan Anak Buah aku di Masjid Parit 7 Ban 2, Sekinchan. Misliza ni anak buah aku. Di solek di rumah beliau. Selepas solat Jumaat upacara pernikahan dijalankan. Lebih kurang jam 3.50 petang

Berdebar-debar aku tgk pengantin lelaki ni. Nasib baik la tok kadi ni xbanyak soal. Sesetengah tempat yang aku pergi mmg siap ditanya macam-macam sebelum akad.











Gambar diambil oleh Roman Picisan a.k.a Rudy Hartono
Email : photohunt3r@gmail.com