PhotoHunt3r : Majlis Pertunangan Yan & Nik

Majlis ini berlangsung dengan sempurna di Kg. Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor pada 01 Ogos 2010 yang lalu. Pertunangan diantara Cik Siti Norazyan Binti Salim dengan Nik Amirol Farhan Bin Nik Hassan Fauzi.

Bermula seawal 7 pagi aku terus bertolak daripada rumah dan sampai ke Sg. Buloh jam 8 pagi. Tunggu Mr. Joga di pam Shell berdepan dengan sekolah atau penjara Sg. Buloh kot sebab tgk kawat pagar berlapis dan lain macam je. 15 minit tunggu Mr. Joga, sampai juga akhirnya mamat ranggi dengan seluar Black Eyed Brown nyer..boleh jatuh hati pada seluar yang dibeli di Indon katanya.

8.30 pagi terus gerak kat rumah Si Yan..paling awal event ni sbb alasan make up nyer awal.. belasah jela...lepak minum pagi. shoot bermula selepas gadget di sediakan utk tujuan beraksi tembak menembak antara aku ngan Mr. Joga Bonito. hauahuahu... joga tembak dari luar tingkap/rumah..aku tembak dari dalam rumah..hauahuha... tp mmg best bila tembak menembak ni. Ckap sikit tembak.. bagi instruction kemudian tembak.. haauhauhau... "tembak" disini adalah capture/shoot picture la... bukan paintball.

So, kat bawah ni adalah hasilnya. Harap perkongsian kali ini memberi inspirasi utk bertunang kepada anda. Nasib baik aku dah bertunang. hauahua... ;-)









Photo : Mr. Roman Picisan & Mr. Joga Bonito
Editor : Mr. Roman Picisan
Email : photohunt3r@gmail.com