Bila Alam Berbicara



MENCARI SEBUAH JAWAPAN

"Mungkin benar apa yang ingin di sampaikan oleh lotong jantan ini tentang kisah hidupnya di masa hadapan,masihkah mereka mampu bebas di Bukit Melawati ini dalam jangka masa 50 tahun lagi? Bersama-sama kita renungkan. "
















KASIH IBU


"
Gambar ini di ambil sewaktu saya berjalan mencari damai di hati. Berhenti sebentar di Bukit Melawati untuk melihat suasana alam semulajadi, terpandang sifat kasih sayang si ibu lotong menggenggam erat anak dalam perlukan di kala senja hampir berlabuh. Terpesona melihat aksi semulajadinya. Adakah kita juga mempunyai sifat sepertinya ?
"








PANGLIMA PERANG


"Photo ini di ambil semasa saya cuba mengenali alam semulajadi di TAMAN ALAM,Kuala Selangor. Untuk sampai ke lokasi semulajadi kita harus berperang dengan ribuan nyamuk liar di taman alam semulajadi ini. Setiap perjuangan harus ada cabaran. Sampai di lokasi kawasan paya bakau terpesona dengan keindahan alam semulajadinya. Bau hutan paya segar, lumpur, unggas dan burung amat mendamaikan. Saya abadikan kisah seekor ketam yang menjaga sarangnya daripada di cerobohi oleh ketam-ketam lain. Sifat gagah beraninya membuatkan saya terpegun dan menjadikanya sebagai contoh tauladan yang baik. Enjoy this moment.....
"