PhotoHunt3r : Selamat Datang

Salam,

Selamat Datang ke Blog PhotoHunt3r ini. Matlamat blog ini diwujudkan adalah memperkenalkan karya PhotoHunt3r untuk dikongsikan kepada semua pengunjung-pengunjung dan pelawat-pelawat blog ini. Selain daripada itu, usaha PhotoHunt3r dalam mengetengahkan identiti/konsep/karya diharap dapat memberi kepuasan dan keseronokan dalam menghasilkan karya kami.

Team Member PhotoHunt3r ini terdiri daripada Mr. Roman Picisan a.k.a Rudy, Mr. Joga Bonito & Mr. Aie Yan. Idea ini hasil sebulat suara yang dibuat untuk sama-sama bergerak aktif bagi memeriahkan lagi industri seni dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan berkongsi pengetahuan/pengalaman/skil/kreativiti bersama anda.

Asal usul PhotoHunt3r ini ialah gabungan ahli yang yang dinyatakan di atas sebagai peneraju utama team ini. Mungkin akan ada penambahan ahli dalam usaha mengembangkan idea dan kerja dalam bidang ini.

Segala sumbangan berbentuk cadangan/pendapat/komen/kerjasama amatlah di perlukan bagi memantapkan blog ini daripada semasa ke semasa dan amatlah dihargai.

Kepuasan berkarya adalah sasaran utama kami. Penat, letih dan segala keperitan di ketepikan bagi maksud ini kami sentiasa bersedia berkongsi memori terindah anda untuk di abadikan dalam lipatan sejarah.

"The Heart Of Image for Precious Memory"

Ikhlas daripada PhotoHunt3r Team
RomanPicisan | Joga Bonito | Aie Yan