PhotoHunter : Twin Couple Of The Year 2009

Koleksi kali ini adalah perkahwinan lain sikit kerana mereka ni kembar abang dan adik. Satu cerita di sebalik photoshoot ni ialah kerana dalam keadaan terkejar-kejar utk sampai ke lokasi majlis perkahwinan ini. As "Lone Ranger Photograhper" memang meletihkan tp amat menyeronokkan sekali. Best layan sorang-sorang.

Bayangkan aku daripada Kuala Kubu Baru ada majlis pada hari Jumaat - Sabtu. Pagi Ahad plak nak kena hantar balik 2 orang member ke Bandar Baru Bangi. Sampai B.B.Bangi dalam kul 11 pagi. Lokasi Majlis Perkahwinan Saudara Apy ni adalah di Kuala Selangor dan sepatutnya bermula jam 10 pagi utk sesi andaman/bersolek.

Aku pun apa lagi 'pederas' la min kelajuan aku pandu 140-150kmh di sepanjang perjalanan. Memang membahayakan nyawa aku dan juga org lain. Aku gunakan prinsip terbalik 'Bior Laju Asal Selamat'. hauahau..jahatnya aku masa tu. Tp ni jgn buat kerana memang merbahaya. Hanya waktu terdesak sahaja ia dilakukan.

Alhamdulillah dalam masa xsampai 1 jam aku sampai ke lokasi. Nasib baik la pengantin lelaki (Apy) ni kawan aku. kalo tak mau 'Cancelled Job'. Dia faham situasi aku dan telah di terangkan sebelum majlis.

Aku xleh nak buat apa kerana offer aku utk buat outing bersama mereka ni gagal kerana alasan yang diberikan ialah 'Terlalu Penat' tp pengantin perempuan memang excited nak buat outing tp xberjaya nak pujuk juga hubby masing-masing.

Malah aku gunakan apa yang ada utk dijadikan bahan utk album mereka kerana tiada sesi bersanding atau indoor or outdoor sekadar hanyalah pengantin berarak kemudian makan beradab dan potong kek. Aku kena akur kerna ini permintaan keluarga mereka so kena lakukan juga la apa yg terdaya...

Gambar dibawah ni sekadar perkongsian sahaja... selamat menonton dan ku abadikan Memori ini selamanya utk kalian berempat. Layannn... ;-)











Gambar Oleh Roman Picisan a.k.a. Rudy Hartono
Email : photohunt3r@gmail.com