PhotoHunt3r : Sg. Haji Dorani Marine Park Scenery

Gambar ini adalah pada waktu petang selepas selesai Sesi Photography untuk Majlis Pengantin Syahidan & Dr. Intan di Sg. Apong, Sugai Air Tawar, Sabak Bernam. Saja nak ambil gambar waktu petang di jeti Sg. Haji Dorani Marine Park ni. Masa ni nelayan-nelayan baru pulang daripada laut menangkap ikan. Sempatla beli 5 kilo ikan kembung segar daripada nelayan yang sedang memunggah ikan.


Nelayan sibuk memunggah ikan ke Jeti untuk dijual kepada pemborong yang sedang menunggu.


Sinar cahaya matahari petang memancarkan kilauan keemasan di permukaan air menakjubkan ciptaan Allah swt.



Pesisir pantai yang indah di hiasi oleh butiran batu/pasir yang membentuk alunan air ombak surut di gigi air.

Gambar ini di ambil oleh Mr. Roman Picisan a.k.a Rudy Hartono
Email : photohunt3r@gmail.com